Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat.
Diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih
putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati
NabiMuhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2
orangyang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib
Kasiat
terkandung di dalam surah ini:
1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan
Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini
dan gosok dileher, Insya'allah hilang dahaga.
3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,
bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada
mata.
4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini
10x.
5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut
dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7. Jika orang teraniaya dan dipenjara membacanya sebanyak
71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi.
Demikian fadilah Surat Al Kautsar semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment